Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd. Sani Harul berkata, mangsa, Muhammad Ikhbal Abu Bakar Chandran, 24, ditemukan pada pukul 7.45 pagi kira-kira 500 meter dari lokasi dia hanyut.

“Mayat rakannya, Dola Kamarudin, 32, pula ditemukan dua jam kemudian kira-kira 300 meter dari tempat mereka dihanyutkan arus deras,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Sani, kedua mayat tersebut diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE