Kejadian pada pukul 3.20 petang itu mengorbankan Sarjan Mejar Roslan Maon, 50, dan Konstabel Watson Edin, 23.
Ketua Polis Daerah Maran, Depu­ti Superintenden Norzamri Abdul Rahman berkata, Proton Waja dipandu Roslan dalam perjalanan dari Bentong ke Kuantan bagi tugasan pemantauan eskot Ops QUPI 06/2018 (Kertas Peperiksaan SPM 2018).

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian MPV tersebut terbabas lalu melanggar besi penghadang di tepi lebuh raya menyebabkan kenderaan itu terperosok.

“Pemandu tercampak keluar manakala seorang lagi anggota tersepit. Kedua-duanya mening­gal dunia di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Norzamri, kedua-dua mangsa yang telah berkahwin itu bertugas di Cawangan Gerakan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

“Kedua-dua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.

“Ketika kejadian cuaca hujan dan punca kejadian dipercayai terbabas akibat jalan licin. Lokasi kejadian melepasi kawasan selekoh,” katanya.