Mereka yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 6.50 pagi itu ialah Maidi Dahdi, 38, dari TUDM Ibam dan pengawal keselamatan Politeknik Muadzam Shah, Muhammad Izad Alias, 27.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika Muhammad Izad dalam perjalanan ke Muadzam Shah manakala Maidi menghala ke Ibam iaitu jalan bertentangan.

“Kemalangan berlaku apabila Muhammad Izad dipercayai terbabas dan memasuki ke jalan bertentangan lalu merempuh motosikal ditunggang Maidi ,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE