Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, kedua-dua penunggang berkenaan maut serta-merta selepas mengalami kecederaan parah.

Kemalangan itu juga mengakibatkan isteri kepada anggota Polis Trafik itu yang merupakan jururawat di Hospital Kuala Krai mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Deputi Superitanden Suzaimi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut punca sebenar kejadian itu. - UTUSAN ONLINE