Dalam kejadian pukul 7.50 pagi itu, penunggang motosikal yang bertembung dengan Muhammad Nazri iaitu Mohammad Hisham Mohd. Kassan, 29, turut maut.

Muhammad Nazri berasal dari Kampung Rahmat, Rantau Panjang, Kelantan menunggang motosikal Yamaha 125 sementara Mohammad Hisham dari Masai, Pasir Gudang menunggang motosikal Honda.

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Deputi Superintenden M. Kumaresan berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Muhammad Nazri menunggang motosikalnya secara melawan arus dari arah Senai ke Gelang Patah.

“Pada masa sama, datang motosikal Honda ditunggang Mohammad Hisham yang juga pekerja di PTP sebelum bertembung dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Kumaresan, mayat kedua-dua lelaki itu telah dihantar ke Hospital Kulai dekat sini untuk dibedah siasat.

Tambahnya, kes disiasat me­ngikut Seksyen 41(1) Akta Pe­ngangkutan Jalan 1987.