Mayat Muhammad Shahfaris Shahri dan Azfan Muhammad, masing-masing berusia 22 tahun ditemukan pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 8 pagi ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd. Sani Harul berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa mangsa sedang mandi bersama 10 rakan mereka di air terjun itu sebelum dilaporkan hilang kira-kira pukul 3 petang semalam.

"Mereka dikatakan sedang mandi di tingkat tujuh air terjun itu sebelum kehilangan mereka disedari rakan-rakan," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE