Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, Siti Najiha Azahar, 21, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala rakannya, Aina Mardhiah Razmi,21, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Norzamri Abd. Rahman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke Temerloh.

"Apabila tiba, di tempat kejadian dipercayai motosikal ditunggang mangsa cuba memotong sebuah kenderaan dan masuk laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta.

"Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh semasa mendapatkan rawatan," katanya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE