Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa, Farliorina Ija Ngalon, 17, dan Ivory Usun Jau, 16, maut di tempat kejadian ekoran mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, kejadian tersebut ketika hujan renyai-renyai dan mangsa dalam perjalanan ke sekolah.

"Setibanya di tempat kejadian, mangsa dipercayai memasuki jalan bertentangan lalu bertembung dengan 4WD tersebut.

"Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berpunca akibat kecuaian penunggang motosikal kerana memasuki laluan bertentangan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN ONLINE