Dalam kejadian 7.50 pagi itu, mangsa, Muhammad Nazri Abdullah, 23, yang berasal dari Kampung Rahmat, Rantau Panjang Kelantan dan Mohammad Hisham Mohd. Kassan, 29, dari Masai, Pasir Gudang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Kedua-duanya merupakan pekerja Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Gelang Patah, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Deputi Superintenden M. Kumaresan berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Muhammad Nazri menunggang motosikal Yamaha 125 secara melawan arus dari arah Senai ke Gelang Patah.

"Pada masa yang sama, motosikal itu beetembung dengan motosikal jenis Honda ditunggang Mohammad Hisham," katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kulai  dekat sini untuk dibedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE