Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi itu menyebabkan dua daripada mangsa tersepit dalam kereta jenis Honda Accord.

Katanya, dua mangsa lain iaitu seorang lelaki  dan seorang wanita yang cedera telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital.

"Operasi mengeluarkan seorang lelaki yang tersepit di bahagian pemandu dan wanita yang duduk di bahagian penumpang belakang sebelah kanan kenderaan segera dijalankan.

"Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.-UTUSAN ONLINE