Dalam kejadian pukul 10.45 pagi itu, mangsa yang maut penumpang ialah hadapan, Muhammad Amirul Dzulkifli, 24, dan penumpang belakang Afizah Abdullah, 29, yang mana kedua-dua mereka berasal di Felda Chini di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pekan, Deputi Superintenden Mohd. Zaidi Mohd. Zain berkata, mangsa yang cedera pemandu, Mohd. Zulfazli Dzulkifli, 30, ibunya, Rosliza Ismail, 50, dan seorang penumpang belum dikenal pasti mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah), Temerloh.

“Dua lagi penumpang iaitu adik pemandu dan anak saudaranya masih belum dikenal pasti identiti mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini,” katanya di sini. - UTUSAN ONLINE.