Dalam kejadian pada pukul 1.35 pagi itu, Muhammad Fakhrur Razi Abdul Razak, 21, yang memandu kenderaan berkenaan bersama rakannya yang berada di tempat duduk penumpang hadapan, Nur Qamarina Abdul Rahman, 21, meninggal dunia di tempat kejadian akibat keceraan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mazlan Hassan berkata, kejadian berlaku apabila kenderaan dipandu Muhammad Fakhrur yang dalam perjalanan menghala ke Maran dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan berat itu.

“Kedua-kedua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan tersebut dikeluarkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Bandar Jengka untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE