Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azly Mohd. Noor berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialami mereka.

“Ketika kejadian, cuaca dalam keadaan hujan lebat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih mengumpul maklumat dan butiran lengkap berhubung kemalangan maut itu akan menyusul. - UTUSAN ONLINE