Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kejadian pada pukul 3.45 pagi tersebut membabitkan Proton Saga BLM dan Toyota Hilux.

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu dan penumpang Proton Saga itu yang dikenali sebagai Lai Wui Lun, 21 dan Chen Mun Li, 20.

“Terdapat lima orang mangsa dalam Proton Saga dan tiga yang cedera dikeluarkan oleh orang ramai sebelum pihak bomba sampai.

“Tiga yang cedera dikenali sebagai Chang Thung Yuen, 22 dan Ong Hui Chen, 16, manakala seorang lagi belum dapat dikenal pasti. Sementara itu, pemandu Toyota Hilux turut mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE