Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah Nur Rashila Binti Rosdan,22, yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dan pemandu kenderaan pelbagai guna jenis Toyota FJ Cruiser, Low Kim Boon,65.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur.

“Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu Myvi melanggar belakang sebelah kanan sebuah lori muatan plastik yang berada di laluan sebelah kiri sebelum kenderaan itu dirempuh dari belakang oleh sebuah Toyota FJ Cruiser.

“Akibat rempuhan itu, Toyota FJ Cruiser berkenaan masuk ke laluan bertentangan dan jatih ke dalam gaung manakala sebuah kereta jenis Proton Iswara telah melanggar kereta jenis Perodua Myvi yang berada di atas jalan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat.

Katanya, pemandu lori dan pemandu Proton Iswara yang terlibat dalam kejadian kemalangan itu tidak mengalami kecederaan. - UTUSAN ONLINE