Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu ialah Mohd. Iqhram Robert, 18, dan Mohd. Razmin Kadariah, 19.

Mangsa yang cedera pula ialah Muhammad Firdaus, 18; Nur Mohmmad Nazdrul Nizam, 18; Muhd. Hamirzan Maksud, 18; dan Muhammad Ilyas Herman, 18.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Peter Ambuas berkata, siasatan awal mendapati kenderaan Toyota Fortuner yang dinaiki mangsa terbabas sebelum melanggar tembok jambatan dan terjunam ke dalam sungai sedalam 10 meter.

"Kesemua mangsa di bawa ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan," katanya. - UTUSAN ONLINE