Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 1.34 pagi melibatkan sebuah kereta Perodua Alza yang dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta Proton Wira.


Katanya, terdapat tiga orang di dalam kereta Perodua Alza dan dua daripadanya disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi cedera.


“Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan salah seorang mangsa yang tersepit dan disahkan meninggal dunia.


“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak hospital,” katanya. - UTUSAN ONLINE