Ketua Polis Austin, Brian Manley berkata, dalam tiga kes terbabit, sebuah bungkusan mengandungi bom diletakkan di hadapan sebuah kediaman dan meletup selepas seorang mangsa mengambil bungkusan atau cuba membukanya.

“Kami percaya kesemua kes ini berkaitan dan pihak berkuasa persekutuan turut menyiasat kes itu selain mencari motif serangan tersebut,” katanya. - REUTERS