Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, operasi menyelamatkan mangsa dilakukan sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.35 petang.

"Anggota yang tiba di lokasi kejadian mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa dari dalam kenderaan menggunakan peralatan khas 'hydraulic cutter' dan tali.

"Mayat kedua-dua mangsa yang dibawa naik ke tebing jalan itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 4 petang," katanya. - UTUSAN ONLINE