Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, kedua-dua mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti berkenaan disahkan maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila treler yang datang dari arah Sungai Lalang menghala ke Bukit Selambau hilang kawalan di kawasan selekoh.

“Keadaan itu menyebabkan treler yang tidak mempunyai muatan itu memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa sebelum di kenderaan berat tersebut terjatuh ke dalam longkang di sisi jalan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Adzli, pemandu treler yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Kedah, Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata, pihaknya terpaksa menggunakan kren untuk mengalihkan treler yang menghempap kereta tersebut. - UTUSAN ONLINE