Kejadian dipercayai berlaku selepas bas tersebut terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh kereta jenis Ford dinaiki kedua-dua mangsa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Dua lelaki yang menaiki kereta disahkan maut di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE