Muhammad Ikhbal Abu Bakar Chandran, 24, dan Dola Kamarudin, 32, dipercayai hanyut selepas dibawa arus serta hilang dalam kejadian pada pukul 4 petang.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Mohd.Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.07 petang sebelum pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota bergegas ke lokasi kejadian.

“Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan bomba sukarela turut digerakkan bagi melakukan kerja mencari dan menyelamat mangsa.

“Pusat operasi juga dibuka serta keterangan beberapa saksi kejadian akan diambil bagi membantu pencarian mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, sehingga kini operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. - UTUSAN ONLINE