Mangsa yang meninggal dunia ialah Zalimawati Mukhtar, 34, yang merupakan anak kepada pemandu kereta jenis Proton Waja yang maut di tempat kejadian dan Zulaikha Basyirah Ahmad Ridwan iaitu anak kepada Zalimawati.

Ketua Polis daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

"Zamimawati yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan meninggal dunia hari ini manakala seorang lagi penumpang Proton Waja Zulaikha Basyirah meninggal dunia di Hospital Lipis," katanya, di sini hari ini.

Semalam empat orang termasuk tiga sekeluarga maut dalam kemalangan berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 petang itu, tiga daripada mangsa yang maut ialah pemandu Proton Waja, Mukhtar Hassan,62; isterinya, Khatijah Hussin,61; dan cucu pasanhan itu, Ahmad Fakhrul Muslim Ahmad Ridhwan, 2. - UTUSAN ONLINE