Menurut jurucakap bomba, kejadian terbabit disebabkan hujan lebat bermula kira-kira 3 petang tadi.

Ujarnya, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5 petang oleh orang awam yang memaklumkan terdapat dua kenderaan jenis Proton Saga dan Proton Persona telah dihempap pokok.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Sehubungan itu, kerja-kerja memotong pokok tersebut masih dijalankan di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE