Pegawai Operasi Bencana Daerah Seremban, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mohd. Najib Abdul Karim berkata, mangsa yang terlibat ialah seramai 11 orang berusia antara setahun hingga 70-an.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada salah seorang penghuni rumah  pada pukul 5.30 petang memaklumkan situasi yang semakin membimbangkan di kawasan itu.

"Kesemua mangsa yang terdiri daripada tiga lelaki dan lapan perempuan berada dalam keadaan selamat.

"Pusat pemindahan mereka akan ditentukan sebaik wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat tiba ke lokasi kejadian. Kita juga telah memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa tempatan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE