Mayat mangsa pertama, Norfifi Allysa Natalia Abdullah, 12, ditemukan pukul 6.26 petang, manakala mayat Mohamad Affiq Afnan Abdur Razzaq, 9, yang merupakan orang kurang upaya (hyperaktive) ditemukan pada 8.05 malam oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru. 

Mingguan Malaysia difahamkan, sebelum kejadian berlaku, kedua-dua mangsa bersama lima lagi rakan mereka bermain di kawasan tersebut, namun yang lain dilaporkan selamat.

Sementara itu, bapa Mohamad Affiq Afnan, Shamsuddin Abdullah, 47, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh polis yang datang ke rumah mereka pukul 6 petang.

Dia tidak menyangka anaknya itu pergi ke kawasan lombong tersebut yang terletak lebih satu kilometer dari rumah mereka di Flat Desa Hajah Hasnah di sini.

“Dari pagi hingga tengah tari tadi dia berada di rumah dan kebiasaannya bermain dengan rakan-rakan lain di bawah rumah,” katanya yang menyifatkan anaknya itu seorang yang ceria.

Ditanya adakah anaknya itu menunjukkan sebarang perubahan sikap, dia memberitahu, pagi tadi Mohamad Affiq Afnan memberikan seekor hamster yang dihadiahkan ibu saudaranya semalam kepada adiknya sedangkan sebelum itu mereka berdua berebut mahukan haiwan peliharaan itu.

“Semalam mak cik dia bagi hamster. Oleh sebab seekor sahaja jadi dia berebutlah dengan adiknya. Apabila dah macam ini saya pelik juga sebab pagi tadi dia tiba-tiba suruh adiknya jaga pula.

“Kalau ikutkan, dia ini lain sikit dan susah nak berkongsi barang. Apabila dia buat macam itu memang lainlah,” katanya.