Tuan Mohd. Zulhaizee Tuan Temeran, 38, dan ibunya, Kelsom Hamat, 66, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Dua lagi mangsa iaitu kakak dan bapa Tuan Mohd. Zulhaizee juga dilaporkan cedera dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan. -UTUSAN ONLINE