Mangsa yang maut dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu ialah Rahimah Jaffar, 34, dan anaknya, Muhammad Zamil Abdul Aris.

Seorang lagi anak Rahimah, Firas, 5, cedera parah dan dirawat di Hospital Segamat, Johor manakala pemandu lori Isuzu, Mohd Saiful Basar patah kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azly Mohd. Noor berkata, sebelum kejadian, kereta dipandu Rahimah dalam perjalanan dari Simpang Selancar menghala ke Perwira Jaya manakala lori terbabit dalam perjalanan dari Perwira Jaya menghala ke Simpang Selancar.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu Rahimah hilang kawalan dipercayai mengelak lubang dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori Isuzu.

“Akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Alza maut di tempat kejadian dan penumpang hadapan bayi lapan bulan dibawa ke klinik Kesihatan Pewira Jaya dan disahkan meninggal di klinik berkenaan,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE