Dalam kemalangan kira-kira pukul 11.45 pagi itu, wanita terbabit, Amaisah Muhd. Azid, 50-an, maut di lokasi kejadian manakala anaknya, Mohammad Alif Azmi, 25, disahkan meninggal dunia semasa diberi rawatan di Hospital Jempol di sini.

Difahamkan, ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari Bahau menunju rumah mereka di Felda Serting Hilir 5 di sini selepas Amaisah menjalani rawatan hemodialisis.

Ketua Polis daerah, Superintenden Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, kemalangan berlaku selepas kereta Proton Wira dinaiki dua beranak itu dari arah Bahau menghala Kemayan terbabas lalu merempuh lori dari arah bertentangan.

Katanya, perlanggaran itu menyebabkan kereta terbabit kemudian bergesel dengan sebuah kereta Honda Jazz yang berada di belakangnya.

“Bagaimanapun, pemandu lori dan kereta Honda Jazz yang masing-masing berumur 29 dan 45 tahun tidak cedera,” katanya dalam satu kenyataan di sini.