Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, beberapa kenderaan tersebut difahamkan bergesel sesama sendiri sebelum sebuah daripadanya terbabas ke kanan jalan dan melanggar dua beranak berkenaan yang menyaksikan perlumbaan.

Beberapa penonton lain termasuk kanak-kanak turut dilaporkan cedera dalam insiden berkenaan namun jumlahnya masih belum disahkan. - UTUSAN ONLINE