Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu, dua beranak tersebut meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Wan Halem Wan Mustapha, 44, dan Wan Muhammad Muzzammil, 10.

Seorang lagi anak Wan Halem, Wan Ukkasyah, 12, masih belum ditemukan.

Difahamkan, keluarga berkenaan berasal dari Kampung Bunut Payong, Kota Bharu bersantai di pantai itu sempena cuti sekolah. - UTUSAN ONLINE