Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, kanak-kanak perempuan berusia sembilan dan lima tahun itu melecur pada bahagian pipi dan dirawat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P. Samasuvam berkata, seramai tiga pegawai dan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat ipoh dengan dibantu lima anggota dari Meru ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.11 pagi.

Katanya, kebakaran membabitkan rumah kelas A yang terbakar 40 peratus.

“Semasa bomba tiba di lokasi kejadian api sedang marak di bahagian ruang tamu rumah. Kanak-kanak berusia sembilan diselamatkan angota bomba melalui pintu hadapan manakala yang lain keluar melalui pintu belakang dengan bantuan jiran yang memecah pintu.

“Kesemua mangsa yang cedera dan sesak nafas dihantar ke HRPB untuk rawatan. Operasi tamat pada pukul 3.16 pagi,” katanya. - UTUSAN ONLINE