Dalam kemalangan pada pukul 4.30 pagi itu, R. Vijaydren,16, disahkan maut di tempat kejadian manakala adiknya, R. Shankar,13, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab. Hamid berkata, ketika kejadian mangsa bersama ibu dan bapa tiri mereka menaiki kereta jenis Nissan Sentra dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani, Kedah.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki mangsa bergesel dengan sebuah lori.

“Ini menyebabkan kereta mangsa berhenti di tengah lebuh raya lalu dirempuh sebuah bas ekspres dari arah sama,” katanya.

Beliau berkata, ibu mangsa yang berusia 36 tahun cedera parah manakala bapa tiri mangsa cedera ringan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE