Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Lokman Abd, Samad, 20, dan adiknya, Mohamad Raihan, 6, pergi ke tali air berkenaan bersama seorang lagi adik-beradik mereka, Kamarudin, 18.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, ketika mandi,  ketiga-tiga mangsa telah dihanyutkan air yang berpusar.

"Tiga beradik itu cuba berenang ke tepi dansemasa hampir sampai di tebing, Lokman dan Mohamad Raihan telah lemas. Mereka cuba diselamatkan oleh Kamarudin namun gagal kerana terlepas daripada
pegangan.

"Kedua-dua mangsa terus hilang dibawa arus dan operasi mencari kini sedang dijalankan," katanya. - UTUSAN ONLINE.