Dalam kejadian pada pukul 7.15 malam itu, 12 anggota Tentera Darat termasuk pemandu trak tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ismail Che Isa berkata, dua anggota TUDM yang menaiki kereta jenis Honda Civic Ferio itu pula masing-masing cedera di kepala dan kaki.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Gerik ke Jeli sebelum kereta dipandu hilang kawalan dan berpusing masuk ke laluan bertentangan.

"Kereta dipandu mangsa kemudiannya melanggar trak tentera dinaiki 11 anggota dan pemandu. Perlanggaran berlaku pada bahagian hadapan kereta manakala trak tersebut pula pada bahagian tepi sebelah kanan.

"Pemandu kereta Honda Civic Ferio yang cedera di kepala dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh manakala penumpangnya yang cedera di kaki dirawat di Hospital Gerik," katanya. - UTUSAN ONLINE