Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata, kedua-dua anggota berpangkat Lans Koperal itu masing-masing mengalami kecederaan di kepala dan badan.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, mangsa, Suzaili Mohd. Marzuki, 31, dan Abdul Mutalib Ismail, 40, sedang memberi bantuan kepada pemilik kereta Suzuki Swift yang rosak di bahu jalan.

Kemalangan berlaku di Jalan  CTA2 berhampiran susur masuk ke Hotel Sama-Sama, Sepang.

"Secara tiba-tiba sebuah van merempuh kereta itu dari belakang, kedua-dua anggota yang sedang memeriksa kereta yang rosak itu sehingga mengakibatkan mereka mengalami kecederaan.

"Suzaili yang cedera di kepala dan Abdul Mutalib yang cedera di badan kemudiannya dihantar ke Hospital Putrajaya menggunakan ambulans dan kedua-duanya dilaporkan stabil," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE