Dua anggota yang parah dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu ialah Inspektor Mohd. Sahidi Pauzi dan Koperal Nassir Kaderi.

Mereka mengalami kecederaan di bahagian kepala dan leher.

Manakala Koperal Mohd. Shafiq Mohd. Rosli; Koperal Muhammad Hafizuddin Winzi; Koperal Mohd. Sharifudin Abdul Majid; Koperal Mohd. Faizol Mohd. Dom; Lans Koperal Khairul Anuar Kassim dan Konstabel Mohd. Hairie Mohd. Adnan hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd. berkata, ketika kejadian, kenderaan jenis Land Rover Defender yang dipandu oleh Mohd. Hairie hilang kawalan seterusnya terbabas ketika menuruni bukit di kawasan itu.

Katanya, kenderaan tersebut selepas itu merempuh penghadang jalan sebelum terjunam ke dalam gaung dan melanggar sebatang pokok.

“Kesemua mereka kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar. kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - UTUSAN ONLINE