Pengarah Hoshas, Datuk Dr. Bahari Awang Ngah berkata, pada masa ini, Zafri Ismadi masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Zafri Ismadi berada dalam ke­a­daan stabil dan pada masa ini kita masih meneruskan rawatan termasuklah penggunaan ubat bius,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Bahari, pada ma­sa ini, pihaknya masih terus melakukan pemantauan ter­hadap Zafri Ismadi yang mendapat rawatan susulan.

“Kita akan memastikan Zafri Ismadi mendapat ra­watan terbaik. Isterinya kini menemani pesakit,” katanya.

Minggu lalu, Zafri Ismadi yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi selepas bertugas di Hoshas, terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) berhampiran Bentong.

Dalam kejadian tersebut, kenderaan dipandunya terbabas ketika cuba mengelak daripada dihimpit sebuah lori dari arah belakang.

Susulan kejadian, Zafri Ismadi mengalami patah tulang kaki kanan dan paha kiri, selain mengalami kece­deraan limpa dan paru-paru.