Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu berlaku apabila mangsa, Dr Mohd. Faizal Rozali, 34, dikatakan cuba mengelak daripada sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang pelajar.


Difahamkan pelajar tersebut secara tiba-tiba ke jalan utama daripada satu persimpangan.


Ekorana daripada itu, mangsa yang memandu kereta jenis Mitsubishi EVO terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh beberapa batang pokok.


Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, sepasukan lima anggota bomba dikejarkan ke lokasi untuk menyelamat mangsa yang dilaporkan terperangkap dan tersepit dalam keretanya.


Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pengawai perubatan selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dada. 


“Anggota kami mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


“Identiti mangsa dikenali berdasakan Mykadnya yang beralamat Kampung Baru 1, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan,” katanya. - UTUSAN ONLINE