Dalam kejadian sekitar pukul 4 petang itu, Edwin Gading, 26, meninggal dunia di tempat kejadian berikutan tembakan tersebut tepat mengenai kepalanya.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Freddy Bian berkata, mangsa bersama rakannya berusia 30 tahun sebelum itu telah berpecah dan kembali semula ke sungai untuk pulang ke rumah.

“Suspek terpandang satu objek melintas di hadapannya yang disangka seekor burung lalu melepaskan tembakan ke arah objek berkenaan.

“Bagaimanapun, dia terkejut selepas mendengar jeritan rakannya yang kemudian didapati sudah terbaring berlumuran darah akibat terkena tembakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, suspek yang ketakutan segera pulang ke rumah dan memberitahu bapanya berhubung kejadian itu.

“Kemudian dua beranak itu kembali semula ke hutan untuk mengambil mangsa. Mereka kemudian membawa mangsa ke Hospital Kapit dan membuat laporan polis,” ujarnya.

Menurutnya, suspek ditahan sementara waktu dan polis merampas senapang patah berserta satu kelongsong peluru untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana cuai hingga menyebabkan kematian,” jelasnya.