Pegawai Bomba Kanan 2, Mohd. Syazwan Saidy berkata, seramai 13 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.47 pagi.

Katanya, anggota bomba yang tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian mengambil masa setengah jam bagi mengawal api daripada terus merebak.

"Kejadian disedari seorang pekerja pembersihan berusia 45 tahun yang cuba memadamkan api namun gagal.

"Replika dinosaur Diplodocus itu musnah sama sekali dalam kejadian tersebut," katanya di sini hari ini.

Mohd. Syazwan berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta anggaran kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan. - UTUSAN ONLINE