Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, arahan itu telah dikeluarkan melalui surat bertarikh 1 November lalu kepada semua jabatan bomba seluruh negara sebagai langkah persediaan menghadapi banjir.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat telah bersedia 100 peratus dengan kekuatan anggota seramai 27,260 anggota termasuk daripada pasukan bantuan dan sukarela di seluruh negara.

“Aset-aset yang merangkumi kenderaan marin, darat dan pesawat udara juga boleh digerakkan pada bila-bila masa manakala pasukan unit penyelamat di air atau unit scuba dengan kekuatan anggota seramai 554 orang telah disiapsiagakan seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Anuar Abd. Manap (BN-Sekijang) mengenai tahap kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam menghadapi cabaran risiko banjir musim tengkujuh dalam Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT), di Dewan Rakyat, hari ini. - UTUSAN ONLINE