Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mohd. Riduan Hakim Abd. Rashid menemani datuknya mengait kelapa sawit di kebun berkenaan.

Bagaimanapun katanya, sabit yang digunakan datuknya itu telah terjatuh bersama buah sawit sebelum melantun dan terkena bahagian kiri dada murid darjah enam di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat itu.

"Mangsa yang cedera dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Batang di sini namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat," katanya.- UTUSAN ONLINE