Nazrin ditemukan di tingkat atas rumahnya, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din.

Beliau menambah, mayat Nazrin ditemukan di dalam sebuah bilik yang dipenuhi asap, dengan kesan kebakaran sebanyak 30 peratus di badannya.

"Mayat beliau telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya. - BERNAMA