Calon SPM hilangkan diri
Teoh Man Chee

Kehilangan Teoh Man Chee, 18, hanya disedari kakaknya, Teoh Qiong Lin, 29, pada pukul 7 pagi selepas membaca sekeping nota yang ditinggalkan oleh pelajar tersebut.

“Saya telah cuba mencarinya di merata-rata tempat dan menghubungi rakan-rakannya namun gagal.

“Apa yang membimbangkan, adik saya turut meninggalkan empat nota kepada ayah, keluarga, kawan dan menerusi laman sosial mengatakan dia ingin membunuh diri dan meminta agar keluarganya tidak mencarinya,” kata Qiong Lin, di sini sebentar tadi.

Qiong Lin berkata, adik bongsu daripada empat beradik itu sudah tidak pergi ke sekolah sejak Mac lalu dan pernah menyatakan hasrat untuk berhenti sekolah.

Bimbang dengan keselamatan adiknya yang disifatkan sebagai seorang yang pendiam, Qiong Lin bertindak membuat laporan di Balai Taman Universiti di sini semalam. - UTUSAN ONLINE