Pengurus Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Pelajar serta ibu bapa tidak perlu bimbang dan pihak Jabatan Pendidikan negeri akan melakukan yang terbaik bagi memastikan sesi pembelajaran berjalan dengan lancar,” katanya menerusi satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE