Jurucakap bomba berkata, jalan berkenaan terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi membolehkan pihak kontraktor Sarawak Energy Berhad (SEB) mengalihkan bumbung berkenaan.

Katanya, bumbung besar yang tersangkut itu diterbangkan oleh angin kencang dari sebuah rumah penduduk berhampiran kira-kira pukul 6 petang tadi.

"Pasukan bomba yang menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 8 malam hanya menjalankan tugas memantau dan mengawal lalu lintas di lokasi sementara menunggu pihak polis tiba.

"Hal ini kerana kerja mengalihkan bumbung di atas wayar elektrik itu adalah di bawah bidang SEB," katanya di sini malam ini.

Beliau berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut. - UTUSAN ONLINE