Keadaan bumbung pusat sumber SK Sijangkang Jaya yang rosak akibat kebakaran di Kuala Langat, petang

Keadaan bumbung pusat sumber SK Sijangkang Jaya yang rosak akibat kebakaran di Kuala Langat

Kejadian itu disahkan Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang, Mohd. Hafizie Hassan selepas pihaknya menerima maklumat daripada pekerja pembersihan sekolah itu pada pukul 3.25 petang sebelum tiba ke lokasi kira-kira 10 minit kemudian bersama dua jentera FRT dan 14 anggota termasuk pegawai.

"Semasa sampai ke lokasi, kita dapati kebakaran berlaku di tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan yang menempatkan sebuah pusat sumber. Kita dapati api telah memusnahkan sebahagian bumbung pusat sumber itu yang dianggarkan berkeluasan 18 meter persegi.

"Bagaimanapun api berjaya dipadamkan kira-kira 15 minit kemudian," katanya di sini yang turut memaklumkan tiada mangsa dilapor cedera dalam kejadian itu.

Tambah Mohd. Hafizie, berdasarkan siasatan awal termasuk keterangan saksi, kejadian itu dipercayai berlaku akibat panahan petir memandangkan cuaca semasa kejadian adalah hujan. - UTUSAN ONLINE.