Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Mohd. Kamal Mohd. Timar berkata, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian pukul 6.50 petang itu.

“Bumbung Masjid Permatang Pasir Panjang tercabut, manakala beberapa buah rumah dan pejabat Rela rosak terjejas akibat pokok tumbang.

“Kawasan perkuburan di kampung berkenaan turut terjejas kerana kejadian pokok tumbang akibat dipukul ribut,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Kamal berkata, beliau bersama tujuh anggotanya membantu memotong dan membersihkan kayu pokok yang memimpa bumbung rumah mangsa.

Sementara itu, Menteri Besar, Aminuddin Harun yang melawat lokasi kejadian hari ini telah mengarahkan Pejabat Daerah dan agensi berkaitan untuk membuat penilaian kerosakan akibat bencana itu secepat mungkin.

Katanya, beliau berharap semua penilaian kerosakan rumah dan masjid itu dapat disiapkan esok untuk tindakan segera bagi membaiki kerosakan.

Dalam lawatan itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa bencana. - UTUSAN ONLINE