Tiada yang cedera dalam kejadian di klinik yang berada di dalam kawasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, kejadian berlaku di kaunter kaunseling pemakanan klinik tersebut.


“Kerja-kerja pembaikan dengan kos antara RM2,000 hingga RM3,000 akan dilakukan dalam masa terdekat oleh pihak syarikat konsesi yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE